Kehidupan awal Elizabeth_Bowes-Lyon

Elizabeth Angela Marguerite Bowes-Lyon merupakan puteri bongsu dan anakanda yang kesembilan daripada sepuluh orang anakanda kepada Claude Bowes-Lyon, Lord Glamis (kemudian Earl Strathmore dan Kinghorne yang ke-14 dalam Bangsawan Scotland), dan isterinya, Cecilia Cavendish-Bentinck. Bondanya dari keturunan Perdana Menteri British William Cavendish-Bentinck, Duke ke-3 Portland, dan Gabenor-Jeneral India Richard Wellesley, Marquess Wellesley ke-1, iaitu kakanda sulung kepada Perdana Menteri yang lain, Arthur Wellesley, Duke ke-1 Wellington.[lower-alpha 2]

Tempat kelahiran baginda masih tidak pasti, tetapi baginda dikatakan dilahirkan di rumah Westminster ayahanda dan bonda baginda di Belgrave Mansions, Grosvenor Gardens, atau di dalam sebuah ambulans yang ditarik kuda dalam perjalanan ke sebuah hospital.[9] Tempat boleh jadi yang lain termasuk Rumah Forbes di Ham, London, rumah nenda sebelah bonda baginda, Louisa Scott.[10] Kelahiran baginda didaftar di Hitchin, Hertfordshire,[11] berdekatan rumah desa Inggeris Strathmore, St Paul's Walden Bury, juga diberi sebagai tempat kelahirannya dalam banci tahun berikutnya.[12] Baginda diberi nama di sana pada 23 September 1900, di gereja kariah tempatan, All Saints, dan bonda dan ayahanda pembaptisan baginda termasuk bonda saudara sebelah ayahanda Lady Maud Bowes-Lyon dan sepupu Venetia James.[13]

Istana Glamis, rumah Scotland Strathmore

Baginda menghabiskan banyak zaman kanak-kanaknya di St Paul's Walden dan di Istana Glamis, rumah nenek moyang Earl di Scotland. Baginda mendapat pendidikan di rumah oleh seorang pengasuh sehinggalah mencecah usia lapan tahun, dan suka akan sukan lapangan, kuda padi dan anjing.[14] Apabila baginda mula bersekolah di London, baginda mengagumkan guru-gurunya dengan memulakan karangan begitu muda dengan dua patah perkataan bahasa Yunani daripada karya Xenophon yang berjudul Anabasis. Mata pelajaran terbaik baginda ialah sastera dan kitab. Setelah kembali ke pendidikan di sekolah swasta di bawah seorang pengasuh Yahudi Jerman, Käthe Kübler, baginda lulus dalam Peperiksaan Tempatan Oxford dengan cemerlang pada usia tiga belas tahun.[15]

Pada ulang tahun kelahirannya yang keempat belas, Britain mengisytiharkan perang ke atas Jerman. Empat kakandanya berkhidmat dalam tentera. Kakanda sulungnya, Fergus, seorang pegawai dalam Rejimen Black Watch, terbunuh dalam pertempuran di Pertempuran Loos pada tahun 1915. Kakandanya yang lain, Michael, telah dilaporkan hilang sewaktu bertugas pada 28 April 1917.[16] Tiga minggu kemudian, keluarganya mendapat tahu beliau telah ditangkap setelah cedera. Baginda kekal dalam kem tawanan perang sepanjang perang itu. Glamis diserahkan ke dalam sebuah rumah pemulihan untuk askar yang tercedera, yang Elizabeth bantu untuk jalankannya. Baginda begitu memainkan peranan penting dalam mengurus menyelamatkan kandungan istana ketika kebakaran yang buruk pada 16 September 1916.[17] Salah satu askar yang baginda rawat tulis dalam buku autograf baginda yang baginda akan "Digantung, ditarik, & ditempatkan ... Digantung dalam intan, ditarik di dalam kereta kuda dan empat, dan ditempatkan di dalam rumah terbaik di daratan."[18]